Kontrak semasa ini adalah merupakan perjanjian tiga pihak, diterima oleh Syarikat dan dua orang pelanggan, salah seorang daripada mereka berhasrat dan merancang untuk melabur dana ke dalam akaun pelanggan Syarikat pada masa akan datang untuk tujuan mendapatkan keuntungan dan memahami risiko kehilangan segala-galanya, dan manakala pelanggan yang kedua berhasrat dan merancang untuk menerima pelaburan dari pelanggan lain Syarikat yang akan datang.

  1. Terma dan definisi
    1. Syarikat - Kumpulan Syarikat InstaTrade, menyediakan platform dagangan InstaTrader dan sistem penyelesaian di antara pelabur dan pedagang, selepas ini akan dirujuk sebagai sistem-PAMM.
    2. Pedagang - Pelanggan syarikat, yang berdaftar dalam akaun sistem PAMM sebagai pengurusan amanah Pedagang dengan tujuan atau dengan niat untuk menerima pelaburan ke akaun dagangan beliau dan akan menguruskannya bagi pihak pelabur sendiri dan, di mana dana dilabur melalui sistem akaun-PAMM.
    3. Pelabur - Pelanggan Syarikat yang berdaftar dalam sistem akaun-PAMM sebagai Pedagang dengan tujuan atau niat untuk melabur dana daripada akaun beliau dalam mana-mana akaun Pedagang, berdaftar dalam sistem akaun-PAMM.
    4. Pemantauan - Laman khusus di web-laman web rasmi Syarikat, menyediakan ringkasan mengenai senarai pedagang berdaftar, pautan yang boleh didapati pada akses terbuka, dan kabinet pedagang pada seksyen-PAMM.
  2. Syarat Umum.
    1. Penerangan sistem akaun-PAMM. Sistem akaun-PAMM mewakili pakej perisian yang dibangunkan dan dimiliki oleh Syarikat, yang menyediakan teknikal dan automasi semua proses pelaburan dana dalam akaun dagangan Syarikat. Sistem akaun-PAMM menjamin proses automasi berikut:
      1. Pendaftaran dalam sistem Pelabur;
      2. Pendaftaran dalam sistem Pedagang;
      3. Proses pengeluaran dana daripada akaun pelabur untuk tujuan pelaburan ke dalam akaun Pedagang yang dipilih;
      4. Mengkreditkan dana pelaburan ke dalam akaun Pedagang;
      5. Pengiraan semua bahagian Pelabur dan Pedagang dalam rangka satu akaun-PAMM;
      6. Pembayaran semula ke akaun Pelabur mengikut permintaan dalam jumlah yang perlu dibayar;
      7. Pengeluaran dana daripada akaun Pedagang mengikut pada jumlah permintaan, pada tahap semasa dana yang dibenarkan;
      8. Pengemaskinian maklumat yang kerap mengenai keadaan akaun Pedagang-PAMM beserta dengan butiran lengkap yang dipaparkan dalam kabinet Pelabur-PAMM
    2. Sistem akaun-PAMM secara teknikal disediakan dalam rangka kabinet pelanggan Syarikat dan mula berkuat kuasa serta-merta selepas pemilik akaun dagangan menekan pada pautan Syarikat InstaTrade untuk perkhidmatan Pelabur-PAMM atau Pedagang-PAMM. Maklumat terperinci mengenai sistem-PAMM teknikal boleh didapati dalam artikel 6 Perjanjian ini.
    3. Sistem akaun-PAMM menyifatkan pemahaman risiko, yang berkaitan dengan penyelesaian langsung transaksi di pasaran Forex oleh Pedagang, pada akaun dimana dana telah dilaburkan, dan juga kemungkinan kekurangan teknikal, yang berkaitan dengan ketidaksempurnaan platform dagangan atau perisian sistem-PAMM.
  3. Hak dan kewajipan Syarikat. Dalam rangka Perjanjian semasa ini, Syarikat mengambil ke atas dirinya hak-hak tambahan dan tugas, yang bertepatan dengan tugas dan hak-hak yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelanggan, diterima pada pembukaan akaun dagangan. Semua tugas, yang diterangkan dalam artikel ini, dijalankan oleh Syarikat dalam keadaan ketiadaan kekurangan teknikal dari pihak pelayan Syarikat.
    1. Peruntukan untuk proses melabur. Syarikat menjalankan tanggungjawab untuk menjalankan operasi rekod permintaan untuk dana pelaburan daripada akaun Pelabur-PAMM ke dalam akaun PAMM-Pedagang dalam tempoh satu jam selepas Pedagang menerima pelaburan.
    2. Peruntukan proses keuntungan dan kerugian bagi saham yang dilaburkan. Selepas mengkreditkan dana yang dilaburkan ke dalam akaun Pedagang dan Syarikat akan mula merekod keuntungan/kerugian ke atas saham yang dilaburkan oleh Pelabur-PAMM. Pengiraan data dibuat pada setiap jam dan boleh didapati di kabinet Pelabur-PAMM, dan juga di kabinet Pedagang-PAMM.
    3. Keselamatan pembayaran semula wang dari akaun Pedagang-PAMM. Sekiranya terdapat permintaan untuk pembayaran semula saham pemilikan dari akaun Pedagang-PAMM ke akaun Pelabur-PAMM diterima, maka pihak Syarikat akan melaksanakan permintaan ini dalam tempoh satu jam. Jumlah terhutang untuk Pelabur sewaktu pembayaran semula dana mungkin berbeza daripada jumlah itu, yang dipaparkan sewaktu pesanan dana, ini termasuklah dalam keadaan apabila untuk saat data seterusnya mengira akaun Pedagang-PAMM menerima Stop Out atau kehilangan semua dana.
    4. Perlindungan dana Pelabur-PAMM dari pengeluaran oleh Pedagang. Dalam tempoh dana Pelabur-PAMM berada di dalam akaun Pedagang-PAMM dan pihak Syarikat memberikan jaminan bahawa tidak akan ada trasaksi pengeluaran dibuat oleh Pedagang-PAMM. Selain itu, Pedagang-PAMM tidak boleh menarik balik sebahagian daripada dana yang digunakan dalam urus niaga.
    5. Tugas data kenalan.
      1. Syarikat menyediakan data kenalan Pedagang-PAMM (e-mel, nombor telefon) untuk akses terbuka di halaman pemantauan akaun beliau untuk tujuan tugasan maklumat yang lengkap. Maklumat ini boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan Pedagang-PAMM.
      2. Syarikat juga menyediakan data kenalan Pelabur-PAMM (e-mel, nombor telefon) hanya untuk Pedagang-PAMM, dalam akaun untuk mereka yang melabur aset Pelabur-PAMM.
    6. Pedagang-PAMM mengakui hak Syarikat untuk membatalkan sebahagian atau semua keuntungan yang diperolehi oleh PT melalui sistem-PAMM, sekiranya pihak Syarikat mendapati fakta-fakta berkaitan fitnah ke atas imej Syarikat melalui kemudahan komunikasi, seperti mel elektronik, hubungan dalam dengan pelabur, penerangan projek-PAMM di halaman pemantauan dan lain-lain, dan juga di jaring sosial.
    7. Syarikat berhak untuk mengubah apa jua maklumat berkaitan projek-PAMM mengikut budi bicara sekiranya terdapat penggunaan sepenuhnya atau sebahagiannya data bertepatan atau sejajar dengan data yang dicatatkan sebelumnya dalam projek-PAMM dan berpotensi untuk mencetuskan kekeliruan kepada Pelabur-PAMM. Dalam beberapa kes, fasal ini membolehkan Syarikat untuk menamatkan aktiviti projek-PAMM.
  4. Hak dan kewajipan Pelabur-PAMM. Pelanggan yang diwakili oleh Pelabur-PAMM adalah tertakluk kepada hak dan kewajipan dalam rangka Perjanjian semasa ini, tambahan hak-hak dan kewajipan, yang diterangkan dalam Perjanjian Tawaran Pelanggan, diterima sewaktu pembukaan akaun dengan Syarikat. Hak-hak Pelabur-PAMM dijalankan oleh kerana keadaan semasa perisian dan perkakasan sistem PAMM Syarikat yang membenarkan. Setelah berlaku kegagalan teknikal atau program dalam sistem, pihak Syarikat tidak dapat menjamin pelaksanaan semua hak-hak Pelabur-PAMM.
    1. Pengambilan Risiko. Pelabur-PAMM mengakui bahawa faham dan bersetuju dengan amaran risiko yang ditetapkan dalam Perkara 8 Perjanjian semasa ini. Pelabur-PAMM mengesahkan bahawa mungkin terdapat risiko kandungan maklumat yang tidak lengkap tentang risiko yang berpotensi dan bersetuju dengan risiko-risiko lain, yang disebabkan oleh sebab-sebab yang mencukupi daripada pihak Syarikat atau pihak ketiga.
    2. Penerimaan sistem-PAMM teknikal. Pelabur-PAMM menerima kesemua ciri-ciri kesedaran sistem-PAMM teknikal, yang diterangkan dalam artikel 6 Perjanjian ini, dan risiko, yang berkaitan dengannya.
    3. Pengakuan status Syarikat dalam rangka Perjanjian ini. Pelabur-PAMM bersetuju bahawa dalam rangka Perjanjian ini, pihak Syarikat adalah merupakan sebuah pembekal perkhidmatan akaun-PAMM teknikal, tidak menjalankan tanggungjawab untuk keuntungan dan kerugian dalam apa jua operasi perdagangan, berakhir di akaun Pedagang-PAMM.
    4. Komunikasi bersama Pelabur-PAMM mengenai pengurusan akaun. Pelabur-PAMM membincangkan semua soalan mengenai pengurusan akaun pedagang-PAMM secara langsung dengan pemilik, dengan menggunakan data kenalan, ditetapkan dalam artikel 3.5 pada Perjanjian semasa ini, jika tetapan akaun Pedagang-PAMM tidak diberikan dalam sistem PAMM.
    5. Pelaburan dana ke dalam akaun perdagangan Pedagang-PAMM. Pelabur-PAMM boleh membuat permintaan untuk dana pelaburan dalam akaun dagangan bagi memilih Pedagang-PAMM dalam kabinet Pelabur-PAMM pada bila-bila masa. Pelaksanaan permintaan untuk pelaburan tidak bermakna penerimaan pelaburan dijamin oleh Pedagang-PAMM. Jumlah pelaburan akan dikira dari akaun Pelabur-PAMM ke akaun Pedagang-PAMM selepas Pedagang-PAMM menerima pelaburan. Pelaburan akan dikreditkan ke akaun Pedagang-PAMM dalam masa satu jam selepas permintaan untuk pelaburan diterima daripada Pedagang-PAMM. Jumlah pelaburan dari seorang Pelabur-PAMM ke dalam mana-mana akaun Pedagang-PAMM adalah tidak terhad.
    6. Akses statistik akaun Pedagang-PAMM. Pelabur-PAMM berpeluang untuk mengakses ke Statistik pengiraan yang dikemaskini (normal - setiap jam), aset dan saham dengan akaun Pedagang-PAMM pada bila-bila masa. Maklumat tersebut boleh digunakan untuk membuat keputusan mengenai pembayaran balik saham daripada akaun-PAMM, walau bagaimanapun ia adalah tidak berapa tepat, kerana terdapat kelewatan sementara pada keadaan normal yang tidak melebihi satu jam.
    7. Pembayaran semula saham dari akaun Pedagang-PAMM. Pelabur-PAMM boleh memohon pembayaran semula saham daripada akaun Pedagang-PAMM pada bila-bila masa. Proses pengiraan dan pembayaran semula saham mengambil masa satu jam selepas permohonan diterima. Nilai sebenar daripada jumlah yang terhutang untuk Pelabur-PAMM mungkin berbeza dari jumlah wang yang dilihat sehingga pelaksanaan akhir pembayaran semula dana yang dilaburkan dari akaun Pedagang-PAMM.
  5. Hak dan tanggungjawab Pedagang-PAMM. Sebagai tambahan kepada hak dan tanggungjawab berdasarkan kepada tawaran-perjanjian Pelanggan, yang telah diterima sewaktu pembukaan akaun dengan Syarikat, Pelanggan diberi hak dan tanggungjawab dalam sempadan Perjanjian semasa ini. Pedagang-PAMM berpuas hati dengan keadaan semasa program dan sokongan teknikal sistem-PAMM Syarikat. Sekiranya berlaku kegagalan teknikal atau program dalam sistem, Syarikat tidak boleh memberikan jaminan prestasi semua hak pedagang-PAMM.
    1. Andaian risiko. Pedagang-PAMM mengesahkan bahawa telah memahami dan mengakui pemberitahuan risiko, yang dinyatakan dalam bahagian 8 pada Perjanjian semasa ini. Pedagang-PAMM mengesahkan bahawa pemberitahuan risiko ini mungkin mengandungi sebahagian maklumat mengenai risiko yang berkemungkinan dan bersetuju dengan apa jua risiko lain yang disebabkan oleh sebab-sebab yang mencukupi dari Syarikat atau pihak ketiga. Pedagang-PAMM mengakui tanggungjawab bagi kehilangan dana dan Pelabur-PAMM, sekiranya berlaku kerugian dalam akaun perdagangan.
    2. Penerimaan ciri teknikal sistem-PAMM. Pedagang-PAMM menerima semua ciri-ciri pelaksanaan teknikal sistem-PAMM yang dinyatakan dalam bahagian 6 pada Perjanjian semasa ini, dan risiko yang berkaitan denganya.
    3. Penerimaan status Syarikat dalam sempadan Perjanjian semasa ini. Pedagang-PAMM bersetuju bahawa di dalam perjanjian ini, pihak Syarikat adalah merupakan pembekal pelaksanaan teknikal perkhidmatan akaun-PAMM, melaksanakan tanggungjawab urusniaga dagangan bagi keuntungan atau bukan keuntungan ke atas akaun Pedagang-PAMM. Syarikat tidak mempunyai kepentingan atau menerima faedah bagi mana-mana urus niaga perdagangan atau keuntungan yang diperolehi oleh pedagang.
    4. Komunikasi dengan Pelabur-PAMM berkenaan pengurusan akaun. Pedagang-PAMM membincangkan semua soalan mengenai pengurusan akaun Pedagang-PAMM secara langsung dengan Pelabur-PAMM, menggunakan maklumat hubungan yang diberikan dalam bahagian 3.5 pada Perjanjian semasa ini, jika tetapan akaun dagangan bagi Pedagang-PAMM tidak dinyatakan dengan jelas dalam sistem-PAMM. Dalam tempoh masa 72 jam, Pedagang-PAMM bertanggungjawab untuk memproses sebarang pertanyaan Pelabur-PAMM-, pada bila-bila masa selagi dana yang dilaburkan kekal berada di dalam akaun Pedagang-PAMM dan dalam tempoh 30 hari selepas itu.
    5. Pemantauan penempatan. Semasa memndaftar di dalam sistem akaun-PAMM, Pedagang-PAMM ditambah secara automatik ke dalam sistem pemantauan akaun, ia boleh diakses di laman web rasmi Syarikat dan juga di kabinet Pelanggan. Pemantauan akaun digunakan oleh Pelabur-PAMM untuk memilih Pedagang-PAMM yang paling sesuai.
    6. Penerimaan pelaburan dari Pelabur-PAMM-. Sewaktu mendaftar dalam sistem-PAMM, Pedagang-PAMM mengakui akan menerima kemungkinan untuk menerima pelaburan dari Pelabur- PAMM, yang berhasrat untuk melabur dana. Pedagang-PAMM berhak untuk menolak dana yang dilaburkan pada bila-bila masa sebelum atau selepas pemindahan ke akaun beliau. Semua urus niaga pendepositan dan pengeluaran pelaburan ke/dari akaun Pedagang-PAMM hendaklah dibuat mengikut peraturan seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian 6 pada Perjanjian semasa ini.
    7. Bayaran balik pelaburan kepada Pelabur-PAMM. Bayaran balik pelaburan kepada Pelabur-PAMM berlaku sekiranya terdapat satu daripada kes-kes yang berikut:
      1. Pedagang-PAMM membuat permohonan agar pedagang mengembalikan semula pelaburan kepada Pelabur-PAMM dengan menekan butang pulangan pelaburan kepada Pelabur-PAMM di kabinet Pelanggan;
      2. Pelabur-PAMM meminta untuk pemulangan semula pelaburan dalam akaun dengan memilih pilihan yang betul di kabinet;
      3. Syarikat memberikan pulangan dana awal apabila dikehendaki oleh Pelabur melalui kontrak dengan perkhidmatan sokongan.
    8. Pembayaran separa kepada Pedagang-PAMM. Apabila dari saat penerimaan pelaburan oleh Pelabur-PAMM kepada Pedagang-PAMM, sehingga ke saat pengeluaran dana dari akaun Pedagang-PAMM dengan tujuan pembayaran semula ke akaun Pelabur-PAMM, keuntungan pada akaun, yang dikira berdasarkan kepada sistem, seperti yang diterangkan dalam bahagian 6 pada Perjanjian sema ini, telah diperoleh.
  6. Peraturan-peraturan teknikal sistem-PAMM.
    1. Peraturan teknikal pada sistem-PAMM merangkumi perihal tempoh masa dan jenis prosedur yang ditetapkan dalam mod automatik. Setiap peserta projek PAMM mengakui kemungkinan kegagalan dalam beberapa proses yang telah dinyatakan dalam peraturan-peraturan teknikal dalam kes-kes apabila terdapat kegagalan peralatan teknikal yang dimiliki oleh Syarikat atau sebarang masalah teknikal yang lain.
    2. Peraturan-peraturan teknikal sistem-PAMM meliputi perihal prosedur yang berikut:
      1. Pendaftaran Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM dalam kabinet Pelanggan yang diberikan oleh Syarikat;
      2. Rekod data kenalan Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM digunakan untuk komunikasi tiga pihak;
      3. Pelaksanaan permohonan pelaburan oleh Pelabur-PAMM;
      4. Penerimaan atau penolakan permintaan untuk pelaburan oleh Pedagang-PAMM;
      5. Pengiraan saham di dalam akaun Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM pada masa pembiayaan pelaburan dan mata pengiraan;
      6. Pelaksanaan permohonan Pelabur-PAMM untuk bayaran balik;
      7. Pembayaran semula bahagian Pelabur-PAMM;
      8. Pembayaran semula keuntungan Pedagang-PAMM selepas bayaran balik kepada Pelabur-PAMM;
      9. Pembiayaan akaun pelaburan oleh Pedagang-PAMM;
      10. Pelaksanaan permintaan pengeluaran wang yang dibuat oleh Pedagang-PAMM;
      11. Pelaksanaan permintaan pengeluaran wang oleh Pedagang-PAMM;
      12. Pengiraan bahagian dan keuntungan;
      13. Penyediaan akses kepada data statistik dalam bentuk pemantauan dan akaun perincian yang tersedia untuk setiap Pelabur-PAMM;
    3. Pendaftaran Pelabur-PAMM. Pelabur-PAMM didaftarkan apabila Perjanjian ini diterima dalam kabinet Pelanggan yang disediakan oleh pihak Syarikat. Dalam proses pendaftaran, maklumat Pelabur-PAMM diperlukan (seperti nombor telefon dan alamat e-mel), yang selanjutnya akan disalur kepada Pedagang-PAMM-, ke dalam akaun Pelabur-PAMM yang bercadang untuk melabur. Selepas pendaftaran, data kenalan boleh ditukar pada bila-bila masa mengikut kehendak Pelabur-PAMM. Selepas Pelabur-PAMM mendaftar di kabinet PAMM, pelabur berpeluang untuk mengakses Pelabur-PAMM di Kabinet Syarikat. Pautan ini boleh diakses oleh Pelabur-PAMM selepas selesai mendaftar dalam sistem-PAMM.
    4. Pendaftaran Pedagang-PAMM. Pedagang-PAMM didaftarkan apabila dia telah menerima Perjanjian ini di Kabinet Pelanggan, yang disediakan oleh Syarikat. Dalam proses pendaftaran, maklumat mengenai Peniaga-PAMM diperlukan (seperti nombor telefon dan alamat e-mel, ID messengers), yang selanjutnya akan disalur kepada Pelabur-PAMM, yang akan melabur di dalam akaun Pedagang-PAMM. Selepas pendaftaran, maklumat ini boleh ditukar pada bila-bila masa mengikut kehendak Pedagang-PAMM. Selain daripada maklumat perhubungan, semasa Pedagang-PAMM mendaftar ia telah menubuhkan saiz keuntungan yang kena dibayar kepadanya, yang akan ditolak daripada jumlah keuntungan, kembali ke Pelabur-PAMM. Selepas pedagang PAMM mendaftar, kabinet PAMM beliau yang ada di Kabinet Syarikat sudah boleh diakses ke Pedagang-PAMM. Pautan ini boleh diakses ke Pedagang-PAMM selepas mendaftar ke dalam sistem-PAMM.
    5. Permohonan pelaburan oleh Pelabur-PAMM. Permohonan pelaburan oleh Pelabur-PAMM dibuat di kabinet PAMM dengan pilihan daripada satu akaun pedagang-PAMM yang dinyatakan dalam pemantauan. Dana ditolak daripada akaun Pelabur-PAMM selepas permohonan pelaburan diterima. Apabila aplikasi untuk pelaburan oleh Pedagang-PAMM diterima, wang akan dipindahkan ke akaun Pedagang-PAMM, dan pelabur-PAMM akan mendapat keuntungan dari akaun Pedagang-PAMM, yang berkadaran dengan pelaburan dalam akaun. Jika permohonan untuk pelaburan ditolak oleh Pedagang-PAMM, dana akan dikembalikan semula ke akaun Pelabur-PAMM.
    6. Pedagang-PAMM melihat aplikasi baru untuk pelaburan di dalam akaun mereka dalam kabinet PAMM mereka. Pedagang boleh menolak atau mengesahkan setiap permohonan baru dengan memilih pilihan yang sama di kabinet 72 jam dari masa permohonan untuk menerima pelaburan. Sekiranya tidak ada sebarang tindakan daripada pihak Pedagang-PAMM mengenai permohonan yang diterima untuk pelaburan dalam akaun dagangan dalam tempoh 3 hari dari tempoh penerimaannya, maka dana akan dikembalikan ke akaun Pelabur-PAMM.
    7. Untuk sebarang transaksi pendepositan atau pengeluaran dana ke/dari akaun Pedagang-PAMM, akan terdapat pengiraan semula bahagian untuk semua akaun Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM. Pengiraan saham dibuat melalui potongan daripada jumlah pelaburan setiap Pelabur-PAMM dalam akaun dan Pedagang-PAMM, dan peratusan bahagian-bahagian ini dalam jumlah keseluruhan dana pada akaun. Berdasarkan kepada statistik keuntungan bahagian pada setiap Pelabur-PAMM akan dipertimbangkan selanjutnya. Pengemaskinian maklumat ke atas keuntungan adalah diskret, iaitu dibuat sekali dalam satu tempoh masa. Maklumat yang dikumpulkan berkenaan keuntungan dan bahagian akan dipaparkan di laman Kabinet setiap akaun Pelabur-PAMM, dan juga di kabinet Pedagang-PAMM.
    8. Permohonan bayaran balik oleh Pelabur-PAMM. Pendaftaran untuk permohonan bayaran balik oleh Pelabur-PAMM dibuat dengan memilih pilihan yang betul di kabinet Pelabur-PAMM. Bayaran balik dipindahkan dalam beberapa tempoh masa, yang mungkin berlanjutan sehingga 2 jam bagi situasi normal. Pelabur bersetuju bahawa keuntungan atau kerugian pada saat pembayaran semula ke dalam akaun-PAMM, mungkin berbeza daripada data yang dilihat dalam statistik-PAMM pada tempoh pendaftaran permohonan dibuat.
    9. Pulangan semula bahagian Pelabur-PAMM. Pulangan semula bahagian Pelabur-PAMM ini dibuat melalui potongan daripada dana, bersamaan dengan bahagian mutlak Pelabur-PAMM dengan akaun Pedagang-PAMM, dan pemindahan dana ini kepada akaun Pelabur-PAMM. Urus niaga ini mendahului transaksi pembayaran bahagian keuntungan Pedagang-PAMM.
    10. Pulangan keuntungan bahagian Pedagang-PAMM adalah selepas saham Pelabur-PAMM dikembalikan. Pulangan keuntungan bahagian Pedagang-PAMM adalah selepas pulangan bahagian Pelabur-PAMM dibuat di mana pemindahan wang yang kena dibayar ke akaun perdagangan Pelabur. Untuk pengiraaan keuntungan bahagian adalah berdasarkan kepada tahap keuntungan pedagang, menerima di antara saat pemindahan dana oleh Pelabur-PAMM ke akaun Pedagang-PAMMdan saat pelaburan ditolak dari akaun Pedagang-PAMM dan bahagian berkadaran Pelabur-PAMM, digunakan. Pengiraan keuntungan Pedagang-PAMM akan dibuat hanya jika antara saat pemindahan dana Pelabur-PAMM ke akaun Pedagang-PAMM dan saat potongan pelaburan daripada keuntungan akaun Pedagang-PAMM, dikira seperti yang dinyatakan pada bahagian 6.13 Perjanjian ini, diterima.
    11. Pendepositan akaun pelaburan oleh Pedagang-PAMM. Pendepositan ke dalam akaun pelaburan oleh Pedagang-PAMM dibuat berdasarkan kepada prosedur pendepositan standard pada akaun dagangan di bahagian keselamatan pada laman web rasmi Syarikat. Wang dipindahkan ke akaun Pedagang-PAMM dalam beberapa tempoh masa selepas diterima oleh Syarikat. Hasilnya, Pedagang-PAMM berpelung untuk meningkatkan bahagiannya dalam akaun dagangan, jika terdapat dana Pelabur-PAMM ini.
    12. Permohonan pengeluaran untuk Pedagang-PAMM-. Pendaftaran permohonan untuk pengeluaran oleh Pedagang-PAMM dibuat di bahagian keselamatan pada laman web rasmi Syarikat. Semasa pendaftaran pengeluaran Pedagang-PAMM, ia bukan menunjukkan jumlah pengeluaran, tetapi bahagian peratusan daripada dana yang terdapat di dalam akaun, yang tidak terlibat dalam urus niaga. Walaupun mendaftar permohonan untuk penarikan semula 100% daripada dana yang ada pada Pedagang-PAMM, tidak semua dana akan ditarik balik dari akaun Pedagang-PAMM, jika terdapat urus niaga terbuka di pasaran, maka hanya bahagian bebas daripada urusniaga sahaja yang akan diberikan untuk Pedagang-PAMM.
    13. Proses permohonan pengeluaran oleh Pedagang-PAMM. Dana tersebut akan ditolak dari akaun Pedagang-PAMM dalam beberapa tempoh masa selepas permohonan diterima. Kesan daripada pengeluaran dana dari akaun dagangan, Pedagang-PAMM akan mengurangkan bahagiannya dalam akaun dagangan, jika terdapat dana Pelabur-PAMM pada akaun.
    14. Pengiraan bahagian dan keuntungan.
      1. Bahagian dan keuntungan dari akaun pamm akan dikira untuk setiap Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM. Pengiraan bermula apabila:
        1. Pelaburan dikreditkan ke akaun pamm;
        2. Pelaburan ditarik balik dari akaun pamm;
        3. Pedagang-PAMM membuat pendepositan wang atau membuat pengeluaran wang dari akaun pamm;
        4. PAMM dikreditkan dengan rebat.
      2. Bahagian dan keuntungan dikira dengan mengambil kira:
        1. Pelabur Baru PAMM;
        2. Pengeluaran bahagian yang dipegang oleh Pelabur-PAMM aktif;
        3. Keuntungan atau kerugian dalam akaun;
        4. Rebat yang dikreditkan ke akaun PAMM. Kesemua pengiraan ini dibuat menggunakan nilai Ekuiti tetapi bukan Imbangan akaun. Formula yang digunakan untuk pengiraan adalah rahsia perdagangan Syarikat, bagaimanapun, pengiraan sentiasa dibuat mengikut keuntungan sebenar dan kerugian dalam akaun perdagangan, dan ia menjamin ketepatan kesemua pengiraan dalam keadaan normal (ketiadaan kegagalan teknikal dari Syarikat).
    15. Menyediakan akses kepada data statistik sistem-PAMM. Data statistik sistem-PAMM termasuklah:
      1. Pemantauan akaun yang berada di dalam kabinet pedagang yang disediakan oleh Syarikat. Hasil pemantauan mungkin akan dipaparkan di laman web rasmi Syarikat atau di laman web rakan niaga rasmi;
      2. Maklumat mengenai baki dan ekuiti yang diterima semasa pengiraan data terakhir akaun Pedagang-PAMM;
      3. Maklumat tentang sejarah pelaburan dan pelaburan semasa yang dibuat kepada akaun Pedagang-PAMM. Akses kepada data statistik yang disediakan oleh Syarikat dengan tujuan kawalan telus untuk akaun Pedagang-PAMM, tetapi secara teknikal mengandaikan masa kelewatan dalam mengemaskini statistik yang tidak melebihi tempoh masa yang mencukupi (sebagai peraturan, tidak lebih daripada 1- 2 jam).
  7. Penggunaan bonus dalam akaun PAMM
    1. Sekiranya melabur wang bonus, jumlah wang yang dilaburkan masih dikira sebagai dana bonus pada akaun Pelabur-PAMM (tanpa mengira baki akaun Pelabur-PAMM samada rugi sepenuhnya atau sebahagian daripada dana yang dilaburkan ke dalam akaun Pedagang-PAMM).
    2. Sekiranya Pelabur-PAMM mengalami stop-loss pada akaunnya dan telah menarik balik wangnya dari itu, sebahagian daripada dana bonus yang kami sudah lakukan sebelum Stop Out, hendaklah dibatalkan.
    3. Sekiranya jumlah bonus yang didepositkan ke akaun Pelabur-AMM untuk pelaburan melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan aset sebenar pada akaun selepas pelaburan, sebahagian daripada bonus yang bersamaan dengan perbezaan antara jumlah ini akan dibatalkan (Jumlah keseluruhan bonus yang didepositkan hendaklah dikira tidak termasuk jumlah wang bonus yang dibatalkan).
    4. Pelabur-PAMM tidak seharusnya mengasaskan perdagangannya semata-mata kepada baki dana bonusdalam akaun selepas melabur ke dalam Akaun Pedagang-PAMM.
    5. Bonus boleh dikeluarkan dari akaun PAMM selepas pedagang menutup kedudukan dengan jumlah dagangan songsang berkadaran dengan purata bahagian pedagang di dalam akaun ini kerana ia telah didaftarkan. Dengan terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan akaun PAMM tertentu, mungkin terdapat perbezaan di antara statistik ke atas bonus dan jumlah sebenar perdagangan dilaksanakan yang diperlukan untuk pengeluaran bonus. Untuk mengeluarkan bonus dari akaun dagangan, sila hantarkan permohonan kepada bonuses@instatrade.com.
    6. Sekiranya, sebaik pelaburan, jumlah keseluruhan semua bonus, termasuk yang dibatalkan, melebihi 55% daripada jumlah margin bebas pada akaun Pelabur-PAMM selepas pelaburan, akaun yang dikreditkan dengan bonus 55% dan mempunyai pengkamiran akan dibatalkan.
    7. Untuk akaun yang dikreditkan dengan bonus 55%, pelaburan dalam PAMM adalah terhad kepada 50% daripada jumlah semua bonus yang diterima. Sekiranya had ini gagal untuk dipatuhi, maka bonus melebihi 55% daripada baki akan dibatalkan.
  8. Pemberitahuan Risiko
    1. Dengan mendaftar, Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM berpeluang untuk menerima pemberitahuan risiko ini, yang merangkumi situasi prinsip bermasalah.
    2. Pelabur-PAMM dengan jelas memahami kemungkinan kerugian keseluruhan dana akibat daripada kegagalan Pedagang-PAMM.
    3. Pedagang PAMM memahami dengan jelas, bahawa maklumat yang terdapat dalam statistik sistem-PAMM dinyatakan pada bahagian 6.14. Perjanjian semasa ini, mungkin berbeza daripada sebenar, khususnya, Pedagang-PAMM berkemungkinan akan menanggung kerugian sebahagian besar deposit pada masa ini, apabila statistik masih memaparkan maklumat 'out-of-date'. Kelewatan dalam paparan dana dan pengiraan, dan beberapa maklumat lain mengenai akaun Pedagang-PAMM adalah ciri teknikal sistem PAMM dan dalam keadaan normal tidak melebihi 1-2 jam.
    4. Pelabur-PAMM memahami risiko yang berkaitan dengan keadaan, apabila pesanan untuk pulangan pelaburan yang dibuat pada saat paparan statistik 'out-of-date', dan data yang sebenar mungkin berbeza daripada masa pulangan pelaburan dan pengiraan bahagian dari akaun Pedagang-PAMM yang perlu dibayar kepada Pelabur-PAMM.
    5. Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM sepenuhnya bersetuju dengan risiko, yang berkaitan dengan kelewatan proses permohonan oleh sistem-PAMM, di mana untuk situasi normal, proses secara automatik akan mengambil masa dalam 1-2 jam. Sekiranya gangguan teknikal daripada pihak Syarikat berlaku, proses permohonan seperti pemindahan atau bayaran balik pelaburan, dan juga mengemas kini statistik, adalah tidak dijamin. Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM bertanggungjawab untuk risiko, yang berkaitan dengan kelewatan proses oleh sistem-PAMM, yang disebabkan oleh gangguan teknikal daripada pihak Syarikat dan membawa kepada kerugian pada mana-mana pihak.
    6. Pelabur PAMM dan pedagang PAMM mengesahkan mereka menerima risiko yang berkaitan dengan kemungkinan pembetulan atau menolak prestasi pelaburan untuk kedua-dua pihak, jika pelabur PAMM atau pedagang PAMM memperoleh keuntungan dengan melanggar peraturan Syarikat.
  9. Pertimbangan tuntutan dan aduan dalam Syarikat.
    1. Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM berjanji untuk mempertimbangkan kesemua tuntutan mengenai kualiti teknikal kerja sistem-PAMM melalui surat-menyurat dengan Syarikat, tanpa kemungkinan pendedahan maklumat.
    2. Syarikat berjanji untuk mempertimbangkan kesemua aduan dan tuntutan hanya pada subjek sistem kerja PAMM (tetapi tidak ke atas keuntungan atau bukan keuntungan perdagangan sistem-PAMM) dalam tempoh 30 hari kalendar dari tarikh penerimaan tuntutan/aduan.
    3. Semua aduan dan tuntutan yang diterima dianggap mengikut Perjanjian ini dan norma-logik akal, apabila aspek kerja tidak diterangkan dengan tepat dalam Perjanjian ini.
  10. Bahasa
    1. Bahasa yang diguna pakai dalam Perjanjian ini adalah Bahasa Inggeris.
    2. Bagi kemudahan Pelanggan, pihak Syarikat telah menyediakan versi terjemahan selain daripada bahasa Inggeris. Fungi terjemahan ini hanya bertujuan untuk maklumat semata-mata.
    3. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa terjemahan, maka terma dan syarat-syarat Perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai sumber rujukan utama.